Monday, 14 March 2016

KELAJUAN

Komponen kecergasan fizikal yang berfokus kepada kecekapan melakukan sesuatu pergerakan ialah kelajuan.
Kelajuan ialah komponen kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor

A) Bagi jenis pergerakan lokomotor, kelajuan pergerakan adalah keupayaan untuk bergerak dari suatu kedudukan ke kedudukan berikutnya dalam masa yang singkat.

B) Bagi jenis pergerakan bukan lokomotor, kelajuan pergerakan adalah keupayaan untuk melengkapkan julat pergerakan dengan pantas.

Antara aktiviti latihan yang dapat meningkatkan kelajuan
            - Berlari 30 meter sambil melantun bola.
            - Berlari 30 meter sambil mengawal bola hoki.
            - Lompat tali 

Kelajuan pergerakan boleh ditingkatkan melalui kaedah latihan jeda.

MENENTUKAN JEDA KERJA BAGI AKTIVITI-AKTIVITI TERSEBUT:

1) Berdiri sambil memegang bola di garisan permulaan.
2) Apabila menerima isyarat, berlari sambil melentun bola.
3) Catatkan masa yang diambil.
4) Lakukan 3 percubaan. Kemudian pilih masa terpantas daripada 3 percubaan tersebut. Tambahkan       satu saat pada masa berikut.

5) Masa yang diperolehi ini digunakan sebagai jeda kerja latihan seterusnya.



FAEDAH LATIHAN :    A) Cepat bertindak balas semasa beraksi.
                                       B) Tahap kemahiran motor meningkat dan boleh melakukan pergerakan                                                   kompleks dengan cekap.

                                       C) Otot menjadi lebih kuat dan tidak mudah cedera
                                       D) Boleh melakukan aktiviti-aktiviti eksplosif berulang kali.



Latihan kelajuan memerlukan kita menguasai asas kemahiran aktiviti yang dilakukan dan sentiasa memerlukan otot berfungsi pada intensiti yang tinggi.















                 


No comments:

Post a Comment