Daya Tahan Otot ialah komponen kecergasan yang memberi tumpuan kepada keupayaan otot untuk bekerja dalam jangka masa yang agak lama atau berulang-alik.
Aktiviti bebanan ialah satu latihan yang sistematik bagi meningkatkan daya tahan otot.
Contoh Aktiviti : Half Squat
Bench Press
Hamstring Curl
Back Extension
Crunshes
Sebelum melakukan aktiviti bebanan perlulah kita manentukan intensif latihan yang sesuai.
Terdapat 2 kaedah latihan otot : latihan Isotonik & Isometrik
Setiap aktiviti latihan bebanan adalah khusus untuk otot-otot tertentu dan perlu dipelbagaikan untuk mendapatkan peningkatan kesannya secara keseluruhan.
Penggunaan pembantu digalakkan dalam aktiviti yang menggunakan alat bebanan bebas untuk mengelakkan kemalangan dan mengurangkan risiko kecederaan.
Aktiviti daya tahan otot melibatkan intensiti yang rendah dan repitisi yang tinggi.
FAEDAH LATIHAN :
1) Otot akan mengalami hipertrofi hasil daripada penambahan saiz fiber otot.
2) Peningkatan perawakan diri dan keyakinan individu.
3) Berlaku sedikit peningkatan enzim
4) Peningkatan ketumpatan kreatina otot
5) Peningkatan kekuatan tisu penyambung , tendon dan ligamen.





