1. Daya Tahan Kardiovaskular
Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.
Jantung efisen membolehkan individu melakukan aktiviti secara berterusan dalam masa yang panjang.
Individu yang mempunyai darah beroksigen yang banyak mampu bekerja atau melakukan aktiviti dengan lebih lama.
Sistem ini terdiri daripada : 1) Jantung
2) paru-paru
3) rangkaian arteri dan vena
Aktiviti Membina Daya Tahan Kardiovaskular
1) Latihan Paarlauf ATAU Lari Berpasangan: latihan ini melibatkan pasangan.
Salah seorang perlu berlari manakala seorang lagi akan berehat secara aktif seperti
berjoging.
2) Latihan Piramid : satu larian bersisi yang melibatkan pelbagai jarak atau masa larian.
latihan ini akan lebih berkesan sekiranya masa rehat diperuntukkan
antara satu jarak larian dengan jarak yang berikutnya.
3) Lompat Tali : aktiviti lompat tali merupakan satu contoh aktiviti aerobik. Aktiviti ini baik
meningkatkan daya tahan kardiovaskular jika dilakukan selama 10 minit dan
intensiti latihan 70% - 80% daripada Kadar Nadi Maksimum. Untuk
mengelakkan daripada kebosanan kita boleh pelbagaikan gaya lompat tali
antaranya: langkah selang-seli , kangkang hadapan , dan kangkang sisi.
CARA MENENTUKAN KADAR NADI LATIHAN (KNL)
BACAAN KADAR NADI SEMINIT



No comments:
Post a Comment